Wednesday, 7 February 2018
Kesimpulan
Kejayaan pengurusan sisa pepejal sangat bergantung kepada sejauh manakah masyarakat menyedari dan melibatkan diri dengan mengamalkan kaedah pengurusan sisa pepejal yang betul. Justeru, pembangunan program-program kesedaran awam dalam pengurusan sisa pepejal memainkan peranan penting selain daripada faktor-faktor sokongan yang lain.Walaupun faktor pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan sisa secara Islam tidak mempunyai hubungan signifikan dengan amalan pengurusan sisa semasa masyarakat Islam, namun secara positifnya mereka menerima dan mengakui bahawa kempen kesedaran berasaskan Islam diterima sebagai pendekatan berkesan ke arah memupuk pengurusan sisa pepejal yang lebih lestari. Justeru, PBT selaku koordinasi utama dalam pengurusan sisa pepejal tidak hanya menekankan aspek pengurusan yang melibatkan kerja-kerja pemungutan dan pelupusan semata-mata, bahkan perlu mengambil berat program-program kesedaran dalam mendidik masyarakat awam menguruskan sisa pepejal mereka secara teratur. Sehubungan dengan itu, langkah yang terbaik ialah menilai kembali pendekatan keagamaan (Islam) dalam setiap aspek dan urusan kehidupan, termasuk aspek pengurusan sisa dan kawalan pencemaran yang merupakan suatu tuntutan dalam Islam.
Ayat Al-Quran dan Hadith tentang kebersihan
Kebersihan itu bersumber dari iman dan merupakan sebahagian dari iman. Dengan demikian kebersihan dalam islam mempunyai aspek ibadah dan aspek moral.
Secara khusus, Rasulullah SAW memberikan perhatian mengenai kebersihan.
اَلنَّظَافَةٌ مِنَ اﻻِيْمَانِ٠﴿ﺮﻮﺍﻩ ﺍحمد﴾
Artinya : “Kebersihan itu sebagian dari iman”. (HR.
Ahmad) :
1.
Hadits tersebut menjelaskan bahwa kebersihan merupakan sebahagian dari iman. Ertinya seorang muslim telah memiliki iman yang sempurna jika dalam kehidupannya ia selalu menjaga diri, tempat tinggal dan lingkungannya dalam keadaan bersih dan suci baik yang bersifat lahiriyah (jasmani) maupun batiniyah (rohani).
اَﻻِسْلَامُ نَظِيْفٌ فَتَنَظَّفُوْا فَاِنَّهُ ﻻَيَدْحُلُ الْجَنَّةَ اﻻَّ نَظِيْفٌ ٠﴿ﺮﻭﺍﻩ ﺍلبيهقى﴾
Ertinya : “Agama Islam itu (agama) yang bersih, maka
hendaklah kamu menjaga kebersihan, karena sesungguhnya tidak akan masuk surga kecuali orang-orang yang bersih”. (HR. Baihaqy)
)
Punca yang menyebabkan bertambahnya sisa pepejal
1. Pertambahan jumlah pemduduk
→ Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal. Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Jika dikira dengan jumlah penduduk Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan penduduk menjadi salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa pepejal negara.
2. Sosio ekonomi dan gaya hidup manusia
→ Kebanyakan penduduk di negara ini memiliki pendapatan di tahap sederhana tinggi dan memiliki taraf hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Apabila banyak rumah dibina dan berpenghuni, maka penghasilan sisa pepejal domestik juga semakin bertambah. Gaya hidup masyarakat yang suka membazir juga menyebabkan pertambahan sisa pepejal. Masyarakat kini lebih suka membuang bahan buangan daripada mengitar semula atau menggunakan semula barang tersebut.
3.Kutipan sampah/sisa yang tidak tepat pada masa
😔 Masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kutipan sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah telah gagal menjalankan tugas mereka mengikut jadual. Kadang kala, sisa pepejal di kawasan perumahan lambat dikutip pihak berkenaan dan menyebabkan sisa pepejal semakin bertambah dan berselerakan di jalanan dan membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar dan imej negara.
4.Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik
😔 Kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak mapan juga menjadi ancaman kepada alam sekitar. Contohnya, kaedah pengurusan bahan buangan menggunakan kaedah “open dumping”. Kaedah ini adalah kaedah konvensional yang dilakukan secara meluas di Malaysia dan masih dipraktikkan. Kaedah “open dumping’ ini ialah kaedah di mana semua sisa pepejal yang telah dikutip daripada rumah dan bangunan akan dilepaskan atau dibuang di suatu kawasan pelupusan sampah secara terbuka. Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah kepada pencemaran bau serta membawa kepada pembiakan serangga dan makhluk perosak seperti tikus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Pengenalan
PENGURUSAN DALAM ISLAM
DUA 2022
SESI JUNE 2017
PENGURUSAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL
Hilda Afierzana Faris Binti Azar Faris
16DPM17F1069
16DPM17F1069
Dalam kajian kami kali ini kami akan membincangkan tentang pembuangan sisa pepejal. Seperti yang kita ketahui sekarang pembuangan sisa pepejal pada zaman sekarang semakin meningkat. Sisa ini paling banyak yang dihasilkan setiap hari oleh manusia. Pengurusan sisa ialah pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pengitaran semula atau pembuangan dan pengawasan bahan sisa. Pengurusan sisa boleh membabitkan pepejal, cecair, gas atau bahan radioaktif.
Tuesday, 6 February 2018
Kesedaran kitar semula
Kita sebagai umat Islam telah dibekalkan dengan panduan yang cukup jelas dan lengkap melalui al-Quran dan Hadis tentang aspek penjagaan alam sekitar.
Buktinya banyak ayat al-Quran yang menekankan secara jelas tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar. Antaranya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ
“Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya” (Surah Hud, ayat 61).
Berbalik kepada konteks kitar semula, walaupun ia tidak disebutkan secara langsung di dalam al-Quran, namun ayat-ayat yang tersirat berkaitan amalan ini sebenarnya banyak. Antaranya, larangan melakukan pembaziran sebagaimana yang telah dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“…dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Israa’, ayat 26-27).
Ayat ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa pembaziran merupakan satu amalan yang sangat keji yang wajib dihindari oleh manusia yang beriman kepada Allah. Kefahaman yang jelas tentang perkara ini seharusnya dapat diterapkan dalam jiwa setiap lapisan masyarakat untuk mengaitkannya dengan amalan kitar semula sebagai satu wadah bagi mengelakkan pembaziran dan mengoptimumkan penggunaan sumber sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam kepada manusia.
Selain daripada berkaitan dengan amalan pembaziran, kitar semula juga turut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan penjelasan-penjelasan berkaitan fenomena alam yang juga banyak disebutkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita.
Perkara ini seharusnya direnung dan difahami dengan sedalam-dalamnya untuk diterjemahkan pula kepada konsep kitar semula bahan-bahan terbuang demi menyelamatkan alam sekitar daripada terus menjadi mangsa kejahilan kita. Hanya dengan kefahaman yang sebenar tentang hal ini sahaja dapat membuka pintu hati masyarakat kita untuk menerima amalan kitar semula sebagai satu budaya hidup.
Dalam mempraktikkan kitar semula, amalan yang ditonjolkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW sewajarnya diteladani oleh kita pada hari ini. Misalnya, dalam sebuah hadis telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menjahit dan menampal kasut bagi memanjangkan lagi jangka hayat baju dan kasut Baginda. Kisah ini menonjolkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW sendiri turut mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang dalam kehidupan Baginda.
Manakala, dalam sebuah hadis yang lain pula telah diriwayatkan bahawa sahabat Baginda, Saidina Abu Bakar pernah berpesan kepada keluarganya agar mengkafankan beliau dengan baju yang beliau miliki kerana berpendapat bahawa kain yang baharu boleh dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Di sini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa sahabat Rasulullah SAW juga menunjukkan sikap yang sama dengan Baginda yakni mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang.
Kisah ini seharusnya menjadi pedoman kepada kita untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat Baginda. Kesedaran tentang kitar semula bukan lagi merupakan suatu pilihan, sebaliknya kewajipan semua untuk dibudayakan dalam kehidupan seharian bagi memastikan masa depan alam sekitar terjamin
Monday, 5 February 2018
Strategi pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal
Pelupusan Kambus Bersih
Kaedah sisa pelupusan peepjal ini diperkenalkan di England.
Salah satu kaedah pelupusan paling murah dan memuaskan tetapi mengundang banyak masalah sekiranya tidak dapat diuruskan dengan teliti. sisa ditanam secara berlapis-lapis dengan teratur dan teliti untuk mengelakkan pencemaran air bawah tanah dan sebagainya.
3 Prosedur asas kambus bersih
⇸ Menyebarkan bahan-bahan sisa pepejal
➥ Bahan sisa dilonggokan sehingga mencapai ketinggian 1 meter atau 3 kaki.
⇸ Memandatkan bahan-bahan buangan sebanyak yang mungkin
➥ Dipadatkan menggunakan jentera berat sebagai contoh jentolak. Selain itu membentuk lapisa-lapisan yang nipis.
⇸ Ditutup dengan lapisan tanah
➥ Mengelakkan masalah bau, masalah serangga atau tikus. Di samping itu, bahan sisa terpadat ini akan membentuk sel sampah.
Kaedah sisa pelupusan peepjal ini diperkenalkan di England.
Salah satu kaedah pelupusan paling murah dan memuaskan tetapi mengundang banyak masalah sekiranya tidak dapat diuruskan dengan teliti. sisa ditanam secara berlapis-lapis dengan teratur dan teliti untuk mengelakkan pencemaran air bawah tanah dan sebagainya.
3 Prosedur asas kambus bersih
⇸ Menyebarkan bahan-bahan sisa pepejal
➥ Bahan sisa dilonggokan sehingga mencapai ketinggian 1 meter atau 3 kaki.
⇸ Memandatkan bahan-bahan buangan sebanyak yang mungkin
➥ Dipadatkan menggunakan jentera berat sebagai contoh jentolak. Selain itu membentuk lapisa-lapisan yang nipis.
⇸ Ditutup dengan lapisan tanah
➥ Mengelakkan masalah bau, masalah serangga atau tikus. Di samping itu, bahan sisa terpadat ini akan membentuk sel sampah.
Kaedah kitar semula
ASSALAMUALAIKUM SEMUA....
Kami akan menerangkan kaedah pelupusan yang kite boleh lakukan untuk menghapuskan sisa pepejal.
Terdapat 3 kaedah yang boleh kite gunakan iaitu 3R :
😊 Reuse ( Pengunaan Semula )
💘 Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali dan dengan berbuat demikian penjanaa sisa dan pembuangannya dapat dikurangkan.
😊 Reduce ( Pengurangan )
💘 Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepaa pengurangan penggunaan sumber semula jadi, ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.
😊 Recycle ( Kitar Semula )
💘 "Re" merujuk kepada untuk melakukan sekali lagi dan "cycle" merujuk pusingan. Oleh demikian "kitar semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa dan kemudian menyalurkan kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula menjadi produk baru untuk kegunaan kita.
Kami akan menerangkan kaedah pelupusan yang kite boleh lakukan untuk menghapuskan sisa pepejal.
Terdapat 3 kaedah yang boleh kite gunakan iaitu 3R :
😊 Reuse ( Pengunaan Semula )
💘 Ia merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali dan dengan berbuat demikian penjanaa sisa dan pembuangannya dapat dikurangkan.
😊 Reduce ( Pengurangan )
💘 Ia merujuk kepada pengurangan kuantiti sisa yang dijana dengan mengurangkan jumlah produk dan jenis produk yang digunakan. Ia juga merujuk kepaa pengurangan penggunaan sumber semula jadi, ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada barang-barang yang dibeli, dihasilkan dan dibuang.
😊 Recycle ( Kitar Semula )
💘 "Re" merujuk kepada untuk melakukan sekali lagi dan "cycle" merujuk pusingan. Oleh demikian "kitar semula" merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran. kita mengitar semula dengan mengasingkan sisa dan kemudian menyalurkan kepada organisasi atau kilang-kilang yang memprosesnya semula menjadi produk baru untuk kegunaan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kesimpulan
Kejayaan pengurusan sisa pepejal sangat bergantung kepada sejauh manakah masyarakat menyedari dan melibatkan diri dengan mengamalkan kaedah ...