Wednesday, 7 February 2018

Punca yang menyebabkan bertambahnya sisa pepejal

1. Pertambahan jumlah pemduduk
→ Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal. Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Jika dikira dengan jumlah penduduk Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan penduduk menjadi salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa pepejal negara.

2. Sosio ekonomi dan gaya hidup manusia
→  Kebanyakan penduduk di negara ini memiliki pendapatan di tahap sederhana tinggi dan memiliki taraf hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di kawasan bandar.  Apabila banyak rumah dibina dan berpenghuni, maka penghasilan sisa pepejal domestik juga semakin bertambah. Gaya hidup masyarakat yang suka membazir juga menyebabkan pertambahan sisa pepejal. Masyarakat kini lebih suka membuang bahan buangan daripada mengitar semula atau menggunakan semula barang tersebut. 

3.Kutipan sampah/sisa yang tidak tepat pada masa
😔 Masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kutipan sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah telah gagal menjalankan tugas mereka mengikut jadual. Kadang kala, sisa pepejal di kawasan perumahan lambat dikutip pihak berkenaan dan menyebabkan sisa pepejal semakin bertambah dan berselerakan di jalanan dan membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar dan imej negara.

4.Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik
😔 Kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak mapan juga menjadi ancaman kepada alam sekitar. Contohnya, kaedah pengurusan bahan buangan menggunakan kaedah “open dumping”. Kaedah ini adalah kaedah konvensional yang dilakukan secara meluas di Malaysia dan masih dipraktikkan. Kaedah “open dumping’ ini ialah kaedah di mana semua sisa pepejal yang telah dikutip daripada rumah dan bangunan akan dilepaskan atau dibuang di suatu kawasan pelupusan sampah secara terbuka. Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah kepada pencemaran bau serta membawa kepada pembiakan serangga dan makhluk perosak seperti tikus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. 

No comments:

Post a Comment

Kesimpulan

Kejayaan pengurusan sisa pepejal sangat bergantung kepada sejauh manakah masyarakat menyedari dan melibatkan diri dengan mengamalkan kaedah ...