Wednesday 7 February 2018

Kesimpulan



Kejayaan pengurusan sisa pepejal sangat bergantung kepada sejauh manakah masyarakat menyedari dan melibatkan diri dengan mengamalkan kaedah pengurusan sisa pepejal yang betul. Justeru, pembangunan program-program kesedaran awam dalam pengurusan sisa pepejal memainkan peranan penting selain daripada faktor-faktor sokongan yang lain.Walaupun faktor pengetahuan prinsip-prinsip pengurusan sisa secara Islam tidak mempunyai hubungan signifikan dengan amalan pengurusan sisa semasa masyarakat Islam, namun secara positifnya mereka menerima dan mengakui bahawa kempen kesedaran berasaskan Islam diterima sebagai pendekatan berkesan ke arah memupuk pengurusan sisa pepejal yang lebih lestari. Justeru, PBT selaku koordinasi utama dalam pengurusan sisa pepejal tidak hanya menekankan aspek pengurusan yang melibatkan kerja-kerja pemungutan dan pelupusan semata-mata, bahkan perlu mengambil berat program-program kesedaran dalam mendidik masyarakat awam menguruskan sisa pepejal mereka secara teratur. Sehubungan dengan itu, langkah yang terbaik ialah menilai kembali pendekatan keagamaan (Islam) dalam setiap aspek dan urusan kehidupan, termasuk aspek pengurusan sisa dan kawalan pencemaran yang merupakan suatu tuntutan dalam Islam.

No comments:

Post a Comment

Kesimpulan

Kejayaan pengurusan sisa pepejal sangat bergantung kepada sejauh manakah masyarakat menyedari dan melibatkan diri dengan mengamalkan kaedah ...